Isteri Fizo Omar, Mawar Fareeda Mula Berubah
Isteri Fizo Omar, Mawar Fareeda Mula Berubah
Fizo Omar dan Mawar Fareeda sememangnya pasangan yang amat secocok.
Baru-baru ini, setelah empat tahun berkahwin, Fizo Omar dan Mawar Fareeda menerima perkhabaran gembira apabila Mawar kini sah sedang hamil.
Kini usia kandungan Mawar Fareeda telahpun memasuki empat bulan.
Dalam pada itu, Fizo memberitahu, dia meyedari isterinya mula nampak perubahan yang ketara setelah hamil.
Antaranya ialah cita rasa makanan, mendengar lagu Arab selain perubahan fizikal.
Ini komennya:
"Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.
"Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti,"
"Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.
"Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan,"
Fizo berkata lagi sehingga kini isterinya masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan seperti loya dan muntah-muntah.
Jantina bayi juga masih belum dapat diketahui berikutan masih terlalu awal.
Sumber: mStar
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment