[TERKINI] DOWNTOWN CHERAS BAKAL DI TUTUP
Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tangguhkan notis pengosongan Pasar Malam Downtown Cheras sehingga 650 peniaga mendapat kawasan baru.
Presidennya, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, DBKL memberikan tempoh sehingga 1 November ini supaya peniaga mengosongkan kawasan terbabit.
Katanya, peniaga kawasan terbabit masih belum mendapat tempat baru untuk mereka berniaga dan sekiranya ditutup pada tarikh terbabit ia akan menjejaskan pendapatan mereka.
“PENGASIH yang mengurus dan mentadbir kawasan perniagaan ini berasa bertangungjawab untuk menyuarakan masalah yang dihadapi oleh 650 peniaga di sini. Peniaga menerima notis pada 7 Oktober lalu supaya mengosongkan kawasan terbabit sehingga akhir bulan ini tetapi mereka tidak menerima tapak lain untuk meneruskan perniagaan.
“Tindakan ini akan menjejaskan peniaga. Kebanyakan peniaga berpendapatan rendah dan aktiviti perniagaan di sini menjadi punca pendapatan utama mereka untuk menampung kehidupan keluarga.
“Jadi, kita harap DBKL dapat memberi masa untuk kita mencari kawasan baru yang sesuai dan mendapat kelulusan. Kita sudah ada beberapa tempat yang dicadangkan tetapi perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak termasuk penduduk dan pihak DBKL sendiri,” katanya pada sidang media di Pasar Malam Downtown Cheras, malam tadi.
Keterangan Gambar: Presiden PENGASIH, Datuk Mohd Yunus Pathi bersama peniaga-peniaga Pasar Malam Downtown Cheras mengadakan demostrasi secara aman bagi membantah tidakan DBKL yang mengeluarkan notis supaya mengosongkan kawasan terbabit pada 1 November ini tanpa menunggu mereka memperolehi tempat baru.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment